Hari ini tidaklah bosan sangat..sebab ada baby yang selalu buat kami terhibur...walaupun adalah dalam 2 jam black out..panas memang panas..jadi dengan berbekalkan sedikit bateri yang tertinggal di laptop dapat juga mendengar lagu kesukaan di youtube...(time ni masih pakai broadband yg kedekut line tu)
Hari ini juga macam biasalah..bangun pagi basuh baju..kemas rumah, masak untuk suami makan tengahari dan sebagainya..selepas itu boleh lah bersantai sahaja..rumah masih tersusun rapi, hanya perlu sapu untuk buang habuk..dan mop jika perlu..tapi petang nantilah. sebut pasal mop, sudah 2 batang mop dirumah ini patah..pertama suami yang patahkan dengan tidak sengaja semasa mengemop lantai..kedua saya yang patahkan semasa memerah air mop tersebut..geram memang geram..kebetulan saya telah mendaftar sebagai ahli di kedai Cosway..dan memang bercadang mahu mendaftar kerana kepingin membeli mop canggih yang berharga RM79 itu..mudah memang mudah.. kerja-kerja mengemop lantai setakat ini sangat senang...kalau mahu cuba, beli lah mop tersebut di kedai Cosway berhampiran anda..tidak perlu lagi memerah dengan tangan kerana..mop tersebut ada Spin Dry..dan boleh pula tukar pengelapnya kalau sudah rosak atau terasa ingin menukarnya...
Hmm...sebenarnya tengah tunggu Sayap ayam bakar yang tengah di order untuk makan-makan petang ni..Adoiiyai..asyik makan makan makan...silap haribulan badan mesti akan naik juga..kalau bukan tahun ini..tahun depan...hari itu sudah mencuba untuk tidak makan malam..akibatnya sakit gastrik menyerang..tapi tidak puas dibebel oleh Ibu mertua kerana dia tidak bercakap dengan panjang lebar :) dia cuma nasihatkan kalau ibu yang menyusukan bayi haruslah makan..tidak payahlah takut gemuk..demikian katanya. Nantilah..kalau sudah agak-agak gemuk..nanti saya pergi mendaftar di Slimming World, kalau tidak pun Marie france Bodyline (Jangan Harap laa :) atau tunggu sahajalah mereka itu menawarkan saya untuk menjadi duta mereka..Hahaha...sesiapapun tidak mahu gemuk tapi sesiapa saja pasti suka makan..sesiapa yang tidak suka makan adalah orang yang sakit..tapi haruslah pandai menjaga badan.. ;) saya jaga badan tapi badan saya mahu gemuk..sukahati badan saya lah...
okay lah..sayap ayam sudah siap..sedia untuk menambahkan lemak.. :D
No comments:
Post a Comment