Thursday, December 9, 2010

Akhirnya saya berkahwin setelah 9 tahun bercinta :)

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.
Apa pun perkahwinan itu adalah suatu ibadah. Jadi di mana dan kemana arah perkahwinan itu mesti jadikan dia ibadah, samada bahagia yang kita tempuh atau derita yang kita rasai. Jika kita bahagia, kita bersyukur, jika kita derita, kita bersabar, semua nya ada jaminan dan ganjarannya. 
“whatever happens its happen for a reason”


وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)




"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)


Surah An-Nahl: ayat 72

Hubungan perkahwinan memang indah, jauh sekali bezanya dengan alam percintaan yang terjadi sewaktu belum berkahwin...memang banyak memory masa bercinta dulu-dulu..pahit manis masam terlebih masin pun ada...sakit hati, benci dan cemburu kadang-kadang memakan diri sendiri..apatah lagi yang curang dalam perhubungan..tapi berbalik kepada kata-kata yang suka saya pegang 'Apa saja yang berlaku pasti ada hikmahnya' berserah sahaja kepada Allah..kerana airmata tidak memungkinkan kita mengubah apa yang sudah tersurat.... 

Whatever! Dunia belum berakhir..

Apa yang saya ingin "S h a r e"


sewaktu pernikahan 18dec2009



No comments:

Post a Comment