Friday, December 10, 2010

Corat coret sambil dengar lagu Marsha...




   Hari ini tidaklah bosan sangat..sebab ada baby yang selalu buat kami terhibur...walaupun adalah dalam 2 jam black out..panas memang panas..jadi dengan berbekalkan sedikit bateri yang tertinggal di laptop dapat juga mendengar lagu kesukaan di youtube...(time ni masih pakai broadband yg kedekut line tu)

   Hari ini juga macam biasalah..bangun pagi basuh baju..kemas rumah, masak untuk suami makan tengahari dan sebagainya..selepas itu boleh lah bersantai sahaja..rumah masih tersusun rapi, hanya perlu sapu untuk buang habuk..dan mop jika perlu..tapi petang nantilah. sebut pasal mop, sudah 2 batang mop dirumah ini patah..pertama suami yang patahkan dengan tidak sengaja semasa mengemop lantai..kedua saya yang patahkan semasa memerah air mop tersebut..geram memang geram..kebetulan saya telah mendaftar sebagai ahli di kedai Cosway..dan memang bercadang mahu mendaftar kerana kepingin membeli mop  canggih yang berharga RM79 itu..mudah memang mudah.. kerja-kerja mengemop lantai setakat ini sangat senang...kalau mahu cuba, beli lah mop tersebut di kedai Cosway berhampiran anda..tidak perlu lagi memerah dengan tangan kerana..mop tersebut ada Spin Dry..dan boleh pula tukar pengelapnya kalau sudah rosak atau terasa ingin menukarnya...

   Hmm...sebenarnya tengah tunggu Sayap ayam bakar yang tengah di order untuk makan-makan petang ni..Adoiiyai..asyik makan makan makan...silap haribulan badan mesti akan naik juga..kalau bukan tahun ini..tahun depan...hari itu sudah mencuba untuk tidak makan malam..akibatnya sakit gastrik menyerang..tapi tidak puas dibebel oleh Ibu mertua kerana dia tidak bercakap dengan panjang lebar :) dia cuma nasihatkan kalau ibu yang menyusukan bayi haruslah makan..tidak payahlah takut gemuk..demikian katanya. Nantilah..kalau sudah agak-agak gemuk..nanti saya pergi mendaftar di Slimming World, kalau tidak pun Marie france Bodyline (Jangan Harap laa :) atau tunggu sahajalah mereka itu menawarkan saya untuk menjadi duta mereka..Hahaha...sesiapapun tidak mahu gemuk tapi sesiapa saja pasti suka makan..sesiapa yang tidak suka makan adalah orang yang sakit..tapi haruslah pandai menjaga badan.. ;) saya jaga badan tapi badan saya mahu gemuk..sukahati badan saya lah...

okay lah..sayap ayam sudah siap..sedia untuk menambahkan lemak.. :D




   
     

Thursday, December 9, 2010

Akhirnya saya berkahwin setelah 9 tahun bercinta :)

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.
Apa pun perkahwinan itu adalah suatu ibadah. Jadi di mana dan kemana arah perkahwinan itu mesti jadikan dia ibadah, samada bahagia yang kita tempuh atau derita yang kita rasai. Jika kita bahagia, kita bersyukur, jika kita derita, kita bersabar, semua nya ada jaminan dan ganjarannya. 
“whatever happens its happen for a reason”


وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)




"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)


Surah An-Nahl: ayat 72

Hubungan perkahwinan memang indah, jauh sekali bezanya dengan alam percintaan yang terjadi sewaktu belum berkahwin...memang banyak memory masa bercinta dulu-dulu..pahit manis masam terlebih masin pun ada...sakit hati, benci dan cemburu kadang-kadang memakan diri sendiri..apatah lagi yang curang dalam perhubungan..tapi berbalik kepada kata-kata yang suka saya pegang 'Apa saja yang berlaku pasti ada hikmahnya' berserah sahaja kepada Allah..kerana airmata tidak memungkinkan kita mengubah apa yang sudah tersurat.... 

Whatever! Dunia belum berakhir..

Apa yang saya ingin "S h a r e"


sewaktu pernikahan 18dec2009